ok sebenarnya aku saje nak ulas dari topik yang telah dibuat oleh Touya berkenaan isu Pokemon hina Islam?. Yer kalau sebelum ini kita pernah dengar isu ini.. time tuh kalau tak silap semasa awal kemunculan siri pokemon la.. tapi disebabkan tiada bukti yang kukuh benda nih akhirnya senyap.. kenapa jadi begini?
Pokemon adalah singkatan nama bagi pocket monster ataupun bahasa jepunnya (original) adalah Poketto Monsut? . apa yang kita boleh tafsirkan disini adalah pocket = poket, simpan barang, seterusnya dengan kata lain bebola yang boleh menyimpan sesuatu manakala monster=makhluk,haiwan.. ini kalau kita tafsirkan sendiri menurut otak kita la.. so gabungan dari situ kita boleh buat andaian pokemon ini sebenarnya berkisarkan makhluk yang boleh disimpan didalam bekas dan didalam siri ini, pokemon disimpan didalam pokeball..
berbalik kepada kenyataan di atas, kenapa ada orang boleh mengatakan sedemikian rupa? adakah disebabkan mereka cemburu dengan kejayaan siri pokemon ataupun mereka sendiri yang ingin menghina islam itu sendiri? cuba kita bayangkan kalau la orang percaya benda itu merupakan menghina Islam kenapa tiada ulama-ulama muktabar mengeluarkan fatwa mengenainya? kenapa siri ini tidak diharamkan terus untuk ditonton di tv-tv? kenapa gamenya masih dijual di kedai-kedai? kerana sebenarnya tiada sebab pencipta ini untuk menghina Islam itu sendiri.. Orang jepun bukan macam Englishman dimana suka mereka-reka cerita dengan melibatkan isu-isu yang sensitive seperti ini. mereka ingin mencari keuntungan dengan seboleh-bolehnyer mengelakkan diri mereka dari menghasilkan karya yang sensitive berbanding barat. sebab itu la semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau mengajak kita semua untuk memilih nilai-nilai murni yang terdapat di timur.
selain dari itu, ada juga ura-ura mengatakan pikachu itu sebenarnya diambil character dari bintang yang berat kotorannya iaitu khinzir.. macam mana benda seperti ini boleh terjadi sedangkan versi asalnyer sendiri mengatakan ini adalah sejenis tikus (mouse pokemon). so? kenapa bermacam-macam andaian kurang baik dilontarkan kepada syarikat ini?? nampaknyer pesaing mereka sendiri yang sengaja mengeluarkan isu yang asalnyer tidak ada kena mengena dengan islam supaya syarikat ini lingkup kan.. tapi kita? kita orang yang bijak.. sebab itu bila isu ini timbul dengan sekejap jer benda ini senyap sebabnya kita sudah pandai berfikir adakah benda ini betul ataupun tidak..
itu sahaja untuk dibincangkan di pagi jumaat yang mulia ini..
jumpa lagi di lain entry..
hahaha spoink tuh mmg babi betul.. muahahaha… dh lama gk x main game nyer.. tp baru pas tengok movie no 12.. best.. hehehe
seingat aku orang jepun nie,idealogi diorang tak pernah menghina islam,diorang jepun nie dengan malas nak ambil tahu hal orang itu sebab diorang maju
seingat aku orang jepun nie,idealogi diorang tak pernah menghina islam,diorang jepun nie dengan malas nak ambil tahu hal orang itu sebab diorang maju dan terus mendahului
yup2.. diorang nih bagus.. diorang jaga nation diorang dengan baik.. sebab tuh kita kena tengok cara diorang bekerja..
btol ke?
erk.. apa yang betul?? ayat tuh macam tergantung jer..
kenkadang org kaitkan dengan freemason.
yg x da kena mengena pun dikaitkan dengan freemason.
itu la pasal.. jepun nih lagi ok dr org barat.. xda masukkn unsur2 yang boleh membuatkan kita tak selesa.. sbb tuh kt kn respect diorang
9:50 am
emm sepanjang ingatan aku. satoshi tajiri, orang yang mulakan benda ni mengatakan idea asal benda tu adalah masa dia kecik2 dulu. dia suka kumpul binatang, kaji binatang (kalau tengok katun jepun mesti suka bela kumbang tanduk dan serangga lain)
so idea tu datang dariapda situ.
pasal pikachu == babi. rasanya kurang tepat sebab pika (percikkan elektrik) + chu (bunyi tikus) = tikus elektrik.
tapi kalau nak babi. ada spoink. memang babi + spring
evolved jadi grumpig = babi hutan.
p.s aku dah lama tak main pokemon tapi tu yang aku ingat la.